WaNiTa Oh WaNiTa~~


30 Rahsia Wanita Perlu Diketahui

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Continue >>>

CaNTiKnYa LeLaKi~~



Continue >>>

SoMeThInG tO sHaRe~~


assalamualaikum..
td bce novel n cerpen online...
jmp lak satu cite ni..
sgt2 menarik..
nak copy tkt ade copyright..
jd copy link je la..
selamat membaca..

http://penulisan2u.blogspot.com/2008/10/cerpen-anti-kapel.html

Continue >>>

JoM GeLaK 2~~


Dalam satu neighbourhood nie...... bermulalah satu cerita dimana isteri
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi.....korang
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut
pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.
Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu
lalu bertanya kepada isterinya,

" aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo..... patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi." jawab si isteri selamba.

"ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan
asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat
sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung'berasa
amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.


Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi
makanan ambik la! Saya ni kira baik la.....Tak macam awak..........dulu,
tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

p/s: Jgn jd cam diorg ni.. huhu..



Continue >>>

aLhAmDuLiLLaH~~


Assalamualaikum wbt pembuka bicara..
alhamdulillah.. hari ni lepas lg satu killer paper untuk sem ni..
hampir 'terbunuh' di medan perjuangan..
klo terbunuh tu x taw la syahid ke x..
penentunye result yg bakal keluar bulan depan.. huhu..
perang bermula 28 Oktober 2009..
bakal menempuhi tentera terakhir pd 14 November 2009 akan dtg..
harapnyer berjaye dengan jayanya..

Ya Allah, Tuhan Yang Pemurah Lg Maha Penyayang.. Kurniakan kami kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiiin...

lepas habis exam td, ketua program kitrg ade kan perjumpaan..
untuk bncg sal projek sem depan..
pembahagian tajuk dan supervisor..
kitorg diberi sehelai kertas yg ade name2 supervisor n tajuk projek..
Arahan: pilih 4 tajuk o supervisor yg anda minat..
pas tu hantar..
yg tentukan sape supervisor kitrg adalah.....
KOMPUTER..
haha.. zaman moden skrg.. sume bnd bergantung pd IT..
tp hakikatnya, sume adalah ketentuan Dia Yang Esa..
Alhamdulillah.. aku dapat salah satu tajuk yg aku pilih..
MUSHROOM BIOTECHNOLOGY..
tp supervisor aku, aku x pnh kenal..
walaupun tajuk tu bkn pilihan pertama, tp aku yakin,
stp yg Allah kurnia kat aku, pasti ade hikmah yg perlu aku terokai..
perjalanan masih jauh & perjuangan perlu diteruskan...
walau sepahit mn hempedu ditelan..
dan walau sesukar mn ranjau dipertengahan..
perjalanan harus diterus kan..

Ya Allah, kuatkan lah kakiku untuk terus melangkah meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.. Tabahkan hatiku mengharungi segala onak duri yang Engkau sediakan buatku.. Tetapkan hatiku pada agamaMu.. Jangan Kau biarkan aku sendiri dalam mengharungi segalanya.. Berilah kekuatan, ketabahn dan ketetapan hati yg teguh buatku menempuhi segalanya.. Aamiin ya rabbal alamiin..
memandangkan aku sedikit sentimental hari ni, tambahan sket buat diri sendiri:



Continue >>>

BeRjAyE jUa AkHiRnYa~~


hehehe...
alhamdulillah.. akhirnyer...
setelah mencuba berkali-kali.. dpt gak tukar favicon kat atas tu..
walaupon x jd mcm yg aku nak, tp x pe la.. jnj die jd..
lenkali leh tkr lagi..
hehe.. klo cam ni gaye aku study x pe gak..
haha..
ni die gmbr yg aku ltk sbg favicon aku..
sape2 rase nak tkr die nyer favicon gak, bole la bkk link ni:
http://www.html-kit.com/favicon/
bole gak cr tutorial die kat adiwira.. (link die ade dlm senarai nice 2 read)


Continue >>>

bLoG uPdAtEd~~


setelah bersusah payah..
akhirnyer... berubah lah wajah blog yg dulunye berwarna merah..
bergambarkan bunga tiger lili..
kini berlaku transformasi menjadi kebiruan..
bersama kucing biru yg hanya wujud dalam gmbr tu je..
haha.. mcm2 aku explore ari ni..
semate-mate nk update blog ni..
mcm2 aku jmp.. seronok tgk blog org..
belajar dr pemerhatian..
apepon, blog ni masih dalam proses baikpulih..
belum sempurna sepenuhnya..
jd, diharapkan bersabar menanti transformasi yg seterusnya..
yg terpaksa ditangguhkan ats sbb esok pekse..
haha.. study2..


Continue >>>

PeNaNTiAn YaNg BeRaKhIr~~


alhamdulillah..
bertemu lg kita di ruang yg serba kekurangan ini..
awal mula, assalamualaikum wbt..
pertama-tamanya, terima kasih kerana sudi membaca...
haha.. bwt ucapan lak..
al-kisahnyer, ari ni dapat mkn nasi putih ayam berempah
yg setelah 3 ari kempunan x dpt beli..
asal turun nak beli je abes.. 3 ari da cam tu..
bkn rezeki time tu..
dan akhirnya, penantian yg selame 3 ari tu berakhir ari ni..
sbb da muak tiap2 ari mkn nsk lemak, jd tekad turun awal
semate-mate nk bli nasi tu.. haha..
akak yg jual nasi tu pon kate; "aku respek btol la........."
tah ape tah die smbg.. x dgr da.. haha..
sbbnye, kitrg org 1st smp kat gerai akak tu..
die bru je bkk gerai time tu.. huhu.. smgt btol trun awal..
sblm2 ni time kitrg dtg je akak tu kate nsk da abes..
frust menonggeng la time tu..
jd, ari ni, ilang la kempunan nak mkn bnd tu..
mst tertanye-tanye kan...
sedap sgt ke????
well.... nak kate sgt2 sdap tu, over sgt..
bole la jgk dikatekan sedap.. drpd ari2 mkn nsk lemak..

..masih dalam bungkusan..
..pelengkap majlis..

..itadakimasu..

maka, hari ini, hilang la kempunan dua hamba Allah nak mkn nsk ni..
alhamdulillah.. segala puji bg Allah yg telah memberi kami makan dan minum dan jadikanlah kami dr kalangan org2 Islam.. Aamiiin..



Continue >>>

JoM GeLaK~~


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe


Continue >>>

~MeOw MeOw~

~WaKtU SoLaT~

~~CaRi SaYa~~

~~My cLaNs~~


~~My LiNk~~

~~SuKa SuKa~~


Taylor Swift widget by 6L & Daxii

~~LiFe - Yui~~


yui widget by 6L & Daxii
 

~SaAt JaRi MuLa MeNaRi~ ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Inspiração: Templates Ipietoon
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado)