Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

WuDuK~~


awal mula, Assalamualaikum wbt..

ari tu bce blog isteri kpd pengarah UiTM Johor..
http://rozaroslan.blogspot.com/
terjumpe satu entri yg menarik..
tentang adab2 berwuduk..
jd, elok lah klo share sme2 ilmu yg berguna ni..

adab-adab ketika berwuduk dan kepentingan berdoa untuk setiap anggota wuduknya. Selepas niat, lakukan begini :
Berkumur-kumur sebanyak 3 kali dan berdoa,"Ya Allah! Permudahkan aku untuk membaca Quraan-Mu dan perbanyakkan zikir kepadaMu.

Memasukkan air ke hidung 3 kali ,"Ya Allah! Ciumkan hidungku ini akan bau wangi surga-Mu."

Keluarkan air dari hidung," Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada bau busuk api neraka."

Ketika membasuh muka,"Ya Allah! Putihkan mukaku dengan nurMu pada hari pembalasan seperti muka para AuliaMu dan jangan hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari menjadi hitam muka musuh-musuhMu."

Membasuh tangan kanan," Ya Allah! Berikanlah buku catatan amalanku pada hari pembalasan nanti di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.

Membasuh tangan kiri,"Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari menerima buku catatan amalan di tangan kiriku."

Ketika menyapu kepala,"Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka."

Ketika menyapu telinga,"Ya Allah! Perdengarkanlah aku akan suara pemangil syurga-Mu bersama orang yang soleh."

Sapu tengkuk,"Ya Allah! Lindungilah tengkukku daripada api neraka dan aku berlindung diri dengan-Mu daripada rantai yang membelengu di dalam api neraka."

Membasuh kaki kanan,"Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama kaki -kaki hambaMu yang soleh."

Membasuh kaki kiri," Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika melalui di atas titian Siratul Mustaqim."

semoga sama2 dapat diamalkan..


Continue >>>

WaNiTa Oh WaNiTa~~


30 Rahsia Wanita Perlu Diketahui

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Continue >>>

CaNTiKnYa LeLaKi~~



Continue >>>

WaNiTa SeJaTi~~


Seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.
Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari, keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
Wanita sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Wanita sejati bukan dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Continue >>>

~MeOw MeOw~

~WaKtU SoLaT~

~~CaRi SaYa~~

~~My cLaNs~~


~~My LiNk~~

~~SuKa SuKa~~


Taylor Swift widget by 6L & Daxii

~~LiFe - Yui~~


yui widget by 6L & Daxii
 

~SaAt JaRi MuLa MeNaRi~ ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Inspiração: Templates Ipietoon
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado)